GEMPAR!! WANITA TEMPATAN BUKA 'PAKAIAN' LALU BERGADUH DENGAN POLIS | Seorang wanita bertindak membuka pakaiannya sebelum bergaduh dengan polis di bandar Wenzhou, wilayah Zhejiang, China.
Menurut laporan media tempatan, peristiwa itu bermula ketika Xiao Chen Li (30) dan suaminya, Sying Hseuh (28), tengah mengantarkan kawan-kawan mereka yang mabuk selepas menghadiri sebuah pesta.
Akibat memandu dalam keadaan mabuk, mereka kemudian ditahan oleh anggota polis trafik. Huru-hara bermula apabila Sying menumbuk polis yang hendak menahannya.
Kemudiannya kawan-kawan Sying keluar dari kereta dan membantu lelaki itu melawan anggota polis, sementara para pejalan kaki hanya terpana menyaksikan adegan tersebut.
Apabila beberapa anggota polis tiba bagi membantu mengawal keadaan,isteri Sying, Xiao Chen Li membuka seluarnya sebelum terlibat dalam pergaduhan itu.
"Suasananya sangat ramai, aneh, dan sekaligus sangat mengganggu. Semuanya tak terkawal," kata Liang Yao, seorang penduduk yang kebetulan melalui lokasi kejadian.
"Para pemabuk itu berjatuhan, dan polis seolah-olah kebingungan. Di saat itulah, si perempuan menjerit-jerit sambil melucutkan pakaiannya," tambah Yao.
Polis akhirnya menangkap enam orang yang terlibat dalam pergaduhan itu. Mereka dituduh menyebabkan kekacauan, mengganggu ketenteraman awam, memandu sambil mabuk, dan khusus untuk Xiao Chen Li, dia akan didakwa atas tuduhan berbogel di tempat awam.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "GEMPAR!! WANITA TEMPATAN BUKA 'PAKAIAN' LALU BERGADUH DENGAN POLIS"
Post a Comment