Tanda suami curang kepada isteri, selalunya kita pasti terbaca si
laman sesawang atau berita terkini kes suami curang. Yang pelik nya
isteri dia tu cantik cun melecun tapi si laki tetap curang. Namun tak
semua lelaki begitu dan tak semestinya isteri tak pandai curang
kepada suami. Disini Am mahu kongsikan 10 tanda suami anda
curang kepada anda.
Jangan ingat suami yang baik di depan anda tidak akan curang.
Jangan pandang remeh, sebenarnya banyak tanda suami curang
kepada isteri yang isteri sendiri yang tidak sedar. Percayalah suami
yang tampak bagai seorang 'family-man' itulah yang cukup
berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri
sendiri. Ketahui 10 Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair
Dan Skandal!!
1. Marah-marah bila isteri tanya suami kat mana.
Hastag: awak kat mana, sayang kat mana. Bila isteri tanya, 'Malam
semalam pergi mana?'. Suami jawab, 'Eh, pergi rumah Aminin la,
tengok bola Machester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya call
Aminin tu', sambil mendengus. Tengok nama Am juga yang jadi
mangsa kan tolong cover line..ceh memang hampeh dapat kawan cam
gini. Itu biasanya lelaki akan cuba menggelak pertanyaan dari wanita
supaya tak kantoi.
Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia
pergi, itu adalah satu petanda yang tidak baik. Kalau betul, kenapa
nak tinggikan suara kan.?
Lagi satu, suami ni sangat fobia dengan fungsi 'location tracking;.
Fungsi ni memang ramai yang guna produk dari Maxis iaitu 'Friend
Finder' akan membuat suami tidak senang duduk.
2. Menjadi samada lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri
Sangat pelik kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk
memenuhi tuntutan seksual. Sebab lelaki normal tidak akan menolak
ajakan isteri untuk melayari bahtera rumah tangga.
Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan ia
juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya
rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan dengan melayani isteri
sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah bersama dengan
skandalnya tu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Dan isteri di
rumah lah yang menjadi mangsa rakusnya, walaupun ai halal.
3. Tiba-tiba berperwatakan kemas & berpenampilan menarik
Kalau dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang
tiba-tiba suami 'tuck in' baju ke dalam seluar. Baju kemeja ata t-
shirt, hatta jika ingin ke kedai, suami akan seterika sendiri. Sebelum
ni bau minyak wangi pun tak boleh, hari ni dah pandai pakai minyak
wangi juga sudah pandai beli sendiri. Seluar kecik sebelum ni isteri
yang pilih dan belikan, sekarang suami dah pandai memilih. Janggut
dan misai pun dah pandai 'trim'.
Hati-hati la yer wahai kaum hawa. Pada zahirnya nampak seperti
perubahan positif, sebenarnya 'ada udang disebalik batu'.
4. Perubahan sikap suami yang ketara
Sekadar peringatan untuk kaum hawa, antaranya tanda lain ialah
'mood' suami juga berubah-rubah. Hurm sekejap baik sekejap
melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap tak marah. Sekejap
cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Kenapa ye..? Biar Am
bagitahu rahsia dia sebenarnya perkara kat atas berlaku disebabkan
dalam hati suami ada orang perempuan dalam sesuatu masa, dia rasa
tak dan cemas.
5. Sudah pandai bawa telefon bimbit dalam tandas
Takkan nak masuk tandas pun bawa telefon..? Buat apa nak bawa
'handfone' dalam tandas. Pelik kan.. selalunya alasan suami untuk
bermain game ' Clash Of Clan' atau game-game lain itu sekadar
contoh aje. Tak usah percaya sebab tu adalah satu penipuan yang
perlu diselidik. Suami sebenarnya ambil peluang untuk bermain
mesej dengan skandalnya dari pengetahuan isteri dan anak-anak.
6. Telefon bimbit ada kata laluan
Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara
satu sama lain. Tiada rahsia perlu disimpan. Jadi apabila suami
meletakkan 'password' pada handphone dengan alasan takut anak
'delete' mesej penting adalah karut semata-mata.
7. Menjadi seorang perahsia & tidak mahu bercakap
Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlakau di pejabat. Apabila
dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang
aktiviti hariannya, isteri patut selidik. Suami akan berkata dia
sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia penat untuk
melayani dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.
8. Asyik suruh isteri balik rumah mak
Dulu selalu marah bila isteri ingin melawat mak dan ayah. Sekarang
asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik
kampung. Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah
dia mahu bersendirian. "Ada banyak kerja, selalu balik lambat".
Alasan yang tak munasabah.
Dulu tidak pernah tolong 'packing' beg untuk balik kampung.
Sekarang suami terlebih rajin pula tolong isteri siapan beg, kemaskan
baju dan permainan anak untuk di bawa pulang.
9. Naluri seorang ibu, '6th sense' atau 'woman instinct'
Ini ialah tanda yang paling jelas dan terakhir. Bila isteri " Macam ada
something yang tidak kena je", sebenarnya memang ada sesuatu yang
tidak kena. Jarang sesekali telahan isteri itu salah. Rasanya tak perlu
dipertikai kan lagi setiap isteri memang dikurniakan deria keenam
yang tiada siapa boleh menidakkannya.
10. Terlebih 'caring; pada isteri
Selalunya, suami kita tak bergitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah
menjadi baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada
sesuatu yang tidak kena. Orang bila dilamun cinta, begitulah
hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia
teringat bersama 'skandal'. Sebab itulah asyik senyum je. Hi nama
pun dah lelaki, cukup mudah ditafsir apatah lagi yang menaip artikel
ini juga adalah seorang lelaki hesem..
Masalah ni memang selalu terjadi, tak kira anda berstatus seorang
datin sekalipun. Selalunya lelaki curang sewaktu isteri dalam
keadaan berpantang selepas bersalin. Sebab waktu tu isteri tak dapat
beri apa yang suami mahukan so si laki ni akan cari wanita lain yang
boleh penuhkan kehendaknya.. Jaga-jaga ye sekadar peringatan
bersama. Akhir kata dari Am semoga anda semua berhati-hati dengan
perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapa melayari rumah
tangga yang harmoni dan bahagia.
Belum ada tanggapan untuk "Ketahui 10 Tanda Suami/kekasih Curang Pada pasangan, Ada Affair Dan Skandal!!"
Post a Comment